Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim).
Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain
Namun Rasulullah adalah seorang penternak kambing, dan susu kambing adalah minuman yang sering baginda minum.Nabi SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Apakah hikmah nabi membela kambing dan gemar minum susu kambing. mari kita singkap bersama-sama.

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
1) Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
2) Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
3) Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
4) Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
5) Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
6) Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
- Protein 2.1 kali ganda
- Kalsium 2.2 kali ganda
- Zat Besi 2.0 kali ganda
- Potasium 2.1 kali ganda
- Vitamin A 3.8 kali ganda
- Garam Galian 2.0 kali ganda
- Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Fungsi Kalsium dalam susu kambing
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan penggumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
- Penyakit deman kuning - Penyakit lemah jantung - Penyakit darah tinggi - Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala - Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang - Penyakit batuk kering atau TB - Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis - Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut - Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin - Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu
- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh - Bersifat alkali bukan asidik - Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua - Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan - Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah - Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan - Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus - Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout - Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf - Memulihkan tenaga batin dan awet muda
|
|
|
|
0 comments:
Post a Comment