Olive Lotion

sapukan di kulit dan rambut untuk mendapatkan kulit yang halus dan rambut yang menawan

Kapsul Minyak Zaitun

Pemakanan minyak Zaitun, baik untuk hati, jantung, perut dan juga otak kita

Kapsul Habbatus Sauda

Habbatus Sauda merawat segala macam jenis penyakit dengan izinNya kecuali maut. Amalkan demi sunnah dah kesihatan

rangkaian Produk Minsyam

Produk Berkualiti dari syiria. membantu kita mengamalkan sunah Nabi SAW. Dapat Pahala, Kesihatan Dijaga

Rangkaian Produk Susu Kambing

Satu Lagi pemakanan sunnah-Susu kambing Bakal di pekenalkan di NR resources.

Showing posts with label Minyak zaitun. Show all posts
Showing posts with label Minyak zaitun. Show all posts

Minyak Zaitun : Khasiat Permakanan Terbaik

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.
Socrates- Bapa kedoktoran moden

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.
Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.
Kapsul dan Lotion Minyak Zaitun
Minsyam sekali lagi sedar akan perkara ini adalah satu sunnah yang perlu diamalkan semula bagi orang islam, hakikatnya sehingga kiti orang barat selalu menggamalkan pemakanan minyak zaitun dalam kehidupan seharian, cuma masyarakat islam sahaja yang kurang menggamalkannya, mungkin sahaja kerana harganya.
Namun begitu bagi menghiduopkan kembali sunnah, minsyam telah menghasilkan dua produk berasaskan minyak zaitun iaiutu Kapsul Minyak Zaitun dan Olive Lotion *Klik link untuk ketahui mengenai produk.
dalam Hadis menyakatakan, Nabi menyarankan kita agar makan dan berlumur dengan minyak zaitun kerana ia pohon zaitun adalah salah satu pohon yang diberkati (riwayat tarmizi) Oleh itu marilahkita beraal dengan salah satu sunnah nabi, semoga mendapat keberkatan daripadanya dan yang lebih penting adalah kita mengamalkan sunnah baginda.wallahualam