Olive Lotion

sapukan di kulit dan rambut untuk mendapatkan kulit yang halus dan rambut yang menawan

Kapsul Minyak Zaitun

Pemakanan minyak Zaitun, baik untuk hati, jantung, perut dan juga otak kita

Kapsul Habbatus Sauda

Habbatus Sauda merawat segala macam jenis penyakit dengan izinNya kecuali maut. Amalkan demi sunnah dah kesihatan

rangkaian Produk Minsyam

Produk Berkualiti dari syiria. membantu kita mengamalkan sunah Nabi SAW. Dapat Pahala, Kesihatan Dijaga

Rangkaian Produk Susu Kambing

Satu Lagi pemakanan sunnah-Susu kambing Bakal di pekenalkan di NR resources.

Alhamdulillah, masalah selesai

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur kehadrat ilahi atas nikmat dan kurnianya, beberapa masalah yang dihadapi sebelumnya dapat diselesaikan. Allah permudahkan Alhamdulilla

Sebelum ini terdapat masalah dari supplier sendiri, stok tiada, masalah kos dan sebagainya. tapi kini, insyaAllah segalanya akan selesai. Kami sudah menjumpai supplier yang baru. dan insyaAllah ada produk baru juga.
nantikan 'kemunculan semua' kawi warga NR resoures. InsyaAllah

boleh hubungi kami di Fb : https://www.facebook.com/nrresources
atau hubungi saya sendiri
Ahmad Asyraf :  0134410054 / 0148449763
email : acabsmka@gmail.com

Kenyataan Umum: Mohon Maaf

Assalamualaikum, saya Ahmad Asyraf b Mohamad Najimudin memohon maaf kepada mereka yang menelefon dan bertanyakan mengenai stok pada bulan ini (febuari) kesilapan dari pihak kami kerana tidak memaklumkan bahawa bulan 2 adalah bulan cuti bagi pelajar universiti. Jadi kami tidak menjalankan perniagaan pada waktu tersebut kerana tiada talian internet di rumah masing masing. Kami akan mula semula perniagaan ini bermula pada bulan 3 (mac) nanti. InsyaAllah. Kepada para sahabat semua, saya memohon maaf atas kekurangan di pihak kami. InsyaAllah selepas ini kami akan lebih prihatin mengenai hal seperti ini. Sebarang komentar dari anda amat berharga bagi kami untuk penambah baikkan dari segi perkhidmatan yang akan kami berikan sekian Ahmad Asyraf

Gelatin:Halal atau haram?

Bismillahirrahmanirrahim
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)
Isu Halal haram bukan satu perkara yang boleh dibuat mainan. Kerana apa yang masuk di dalam badan kita akan menjadi darah daging kita, dan ia akan membentuk pesonaliti kita, dan keturunan kita akan datang. Dan setiap yang haram mengalir dalam tubuh kita akan menjadi bahan bakar api neraka di akhirat kelak.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.



Gelatin, HALAL atau HARAM?

Sebelum kita mengupas mengenai status gelatin, mari kita mengetahui serba sedikit mengenai Apa itu gelatin.

Gelatin adalah Sejenis protein lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, sendi-sendinya.Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan. (Dipetik dari http://www.halalgelatine.com/)

Seperti yang kita ketahui, ia berasal dari binatang, tidak kira dari kulit, lemak mahupun dari tulang atau sendinya. Jadi adakah ia halal digunakan?

Konsepnya mudah, 
  1. Pastikan binatang yang digunakan adalah halal.
  2. Binatang halal tersebut disembelih dengan betul.
Tetapi bagaimana mahu memastikan ia halal ataupun tidak? sebab bukan kita yang menentukan binatang apa yang digunakan dan bagaimana kaedah penyediaan haiwan tersebut.

Dimalaysia, kemungkinan tidak banyak syarikat yang mengeluarkan gelatin yang 100% halal, tetapi antara nama yang boleh disyorkan disini adalah Halagel (M) Sdn. Bhd dan sebuah lagi Yayasan Ekonomi Sejagat (YES) di pahang. dan terbaca sebuah artikel menyatakan akan wujud sebuah lagi syarikat yang akan mengeluarkan gelatin halal pada tahun 2014 iaitu Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn. Bhd.

Antara produk yang menggunak gelatin dalam pemprosesan
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
  • Softgel untuk kapsul
  • Sabun, ubat gigi dan barang kosmetik
Senarai syarikat pengeluar dan kegunaan lain gelatin boleh rujuk di sini --->[info tambahan]

Produk Minsyam dan Halagel

Jadi kepada pengguna produk kapsul dari minsyam iaitu kapsul minyak zaitun Extra Virgin Syria Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syiria Gold, anda tidak perlu risau kerana produk ini dikilangkan terus kepada syarikat Halagel (M) Sdn. Bhd. 

seperti yang anda tahu syarikat Halagel merupakan pengeluar gelatin kapsul halal utama di negara kita, hampir kebanyakkan hospital dan farmasi menagambil gelatin dari syarikat tersebut. Syarikat ini juga diberikan pengsijilan halal dari 
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Islamic Central Committee of Thailand (ICCT)
  • Pengkajian Pangan,Obat-obatan dan Kosmetika–Majelis Ulama Indonesia(LPPOM-MUI)
InsyaAllah tiada keraguan lagi selepas ini.

   

dapatkan produk Minsyam kapsul minyak zaitun Extra Virgin Syria dan Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syiria Gold dengan Klik link berikut


Spirulina: Alga yang menyihatkan




PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)

Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.

1. WARNA SPIRULINA

Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.

Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.
   
2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI

Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.

Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik
 
3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI

SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakitanemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagaiphycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.
 
4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI

Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.

SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.

Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlubersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.

SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

Koko: Menggemukkan atau menyihatkan?



Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

Makanan lengkap dan seimbang: 

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratusriboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.


Benteng kerosakan gigi:

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Bukan penyebab kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

 Coklat kosongCoklat susu
Tenaga511 kcal514 kcal
Lemak32.3 g29.0 g
Protein4.1 g8.1 g
Karbohidrat51.9 g56.1 g
Zat Besi2.3 mg0.8 mg
Kalsium29.0 mg233.0 mg
Tiamin0.04 mg0.09 mg
Riboflavin0.02 mg0.3 mg
Niasin0.4 mg0.4 mg
Vitamin A22.0 mg84.0


Sumber:

Kopi: Elok atau tidak?

Dikhabarkan, cerita khabar angin mengenai kopi adalah palsu belaka, ada Artikel menyatakan, nabi dan orang arab yang lain minum kopi, hatta bangsa yahudi sendiri minum kopi. Kenapa saya labelkan dua bangsa ini? Kerana bangsa ini amat kuat dalam agama mereka.

Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. 

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.



1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

 

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
 
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.


Sumber: 

Susu Kambing : Kegemaran Nabi

Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim).

Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain

Namun Rasulullah adalah seorang penternak kambing, dan susu kambing adalah minuman yang sering baginda minum.Nabi SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Apakah hikmah nabi membela kambing dan gemar minum susu kambing. mari kita singkap bersama-sama.

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:

1) Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan


2) Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

3) Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

4) Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam

5) Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

6) Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-

  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Fungsi Kalsium dalam susu kambing

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda