Bismillahirrahmanirrahim
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.
Gelatin adalah Sejenis protein lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, sendi-sendinya.Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan. (Dipetik dari http://www.halalgelatine.com/)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)Isu Halal haram bukan satu perkara yang boleh dibuat mainan. Kerana apa yang masuk di dalam badan kita akan menjadi darah daging kita, dan ia akan membentuk pesonaliti kita, dan keturunan kita akan datang. Dan setiap yang haram mengalir dalam tubuh kita akan menjadi bahan bakar api neraka di akhirat kelak.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.
Gelatin, HALAL atau HARAM?
Sebelum kita mengupas mengenai status gelatin, mari kita mengetahui serba sedikit mengenai Apa itu gelatin.
Seperti yang kita ketahui, ia berasal dari binatang, tidak kira dari kulit, lemak mahupun dari tulang atau sendinya. Jadi adakah ia halal digunakan?
Konsepnya mudah,
- Pastikan binatang yang digunakan adalah halal.
- Binatang halal tersebut disembelih dengan betul.
Tetapi bagaimana mahu memastikan ia halal ataupun tidak? sebab bukan kita yang menentukan binatang apa yang digunakan dan bagaimana kaedah penyediaan haiwan tersebut.
Dimalaysia, kemungkinan tidak banyak syarikat yang mengeluarkan gelatin yang 100% halal, tetapi antara nama yang boleh disyorkan disini adalah Halagel (M) Sdn. Bhd dan sebuah lagi Yayasan Ekonomi Sejagat (YES) di pahang. dan terbaca sebuah artikel menyatakan akan wujud sebuah lagi syarikat yang akan mengeluarkan gelatin halal pada tahun 2014 iaitu Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn. Bhd.
Antara produk yang menggunak gelatin dalam pemprosesan
- Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
- Puding, kek dan pai
- Gummi jelli, Pastil berperisa
- Yogurt, keju dan butter
- Ais-krim
- Pencuci mulut segera
- Gula-gula getah (Chewing gum)
- Produk-produk daging yang diproses
- Softgel untuk kapsul
- Sabun, ubat gigi dan barang kosmetik
Senarai syarikat pengeluar dan kegunaan lain gelatin boleh rujuk di sini --->[info tambahan]
Produk Minsyam dan Halagel
Jadi kepada pengguna produk kapsul dari minsyam iaitu kapsul minyak zaitun Extra Virgin Syria Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syiria Gold, anda tidak perlu risau kerana produk ini dikilangkan terus kepada syarikat Halagel (M) Sdn. Bhd.
seperti yang anda tahu syarikat Halagel merupakan pengeluar gelatin kapsul halal utama di negara kita, hampir kebanyakkan hospital dan farmasi menagambil gelatin dari syarikat tersebut. Syarikat ini juga diberikan pengsijilan halal dari
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Islamic Central Committee of Thailand (ICCT)
- Pengkajian Pangan,Obat-obatan dan Kosmetika–Majelis Ulama Indonesia(LPPOM-MUI)
InsyaAllah tiada keraguan lagi selepas ini.
dapatkan produk Minsyam kapsul minyak zaitun Extra Virgin Syria dan Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syiria Gold dengan Klik link berikut













